24.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

PM zahir ucap tahniah kepada qari negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada qari negara, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa malam tadi.

Anwar menerusi catatan di Facebook turut mengucapkan taniah kepada semua pemenang yang menjuarai lain-lain kategori.

Kata Perdana Menteri, majlis ilmu seperti itu diharap dapat memberi manfaat kepada semua khususnya mesej yang terkandung dalam kitab suci al-Quran.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M malam tadi.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang lain dalam majlis istimewa yang dengan Pengurniaan Hadiah daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Advertisements

“Semoga majlis seperti ini bukan sahaja memuliakan al-Quran, malah ianya dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman melalui mesej yang terkandung dalam al-Quran,” katanya hari ini.

Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah kepada qari negara, Muhammad Qayyim Nizar yang dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa malam tadi. – Edisi9/Anwar Ibrahim

Muhammad Qayyim Nizar muncul juara bagi kategori lelaki dengan pungutan markah sebanyak 94.96 peratus.

Tempat kedua pula dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran yang memperoleh 93.30 peratus manakala qari Brunei, Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah di tempat ketiga dengan 90.38 peratus.

Peserta Maghribi, Sara Belmamoun muncul johan kategori qariah apabil mengumpul 93.05 peratus markah, tempat kedua Raudhah Supian Noor dari Indonesia dengan 92.21 peratus manakala peserta Filipina Sabaha Pato Salik di tempat ketiga dengan 91.50 peratus.

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan