30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Pameran Eric Peris di Balai Seni Negara

Mesti Baca

BALAI Seni Negara menjemput peminat fotografi Malaysia, Eric Peris hadir menyaksikan pameran arkibnya yang sedang berlangsung sekarang di Galeri Potret.

Pameran ini adalah usaha dokumentasi yang komprehensif dalam menyoroti perjalanan seni Eric atau O Don Eric Peris, seorang artis terkenal yang telah meninggalkan jejak dalam seni rupa halus serta fotografi jurnalistik di Malaysia.

“Eric Peris adalah seorang tokoh dalam dunia fotografi Malaysia. Beliau begitu komited terhadap seninya selama lebih empat dekad.

“Dengan karier yang merentang dari awal tahun 1980-an sehingga kini, beliau telah menjadi tokoh penting dalam membentuk naratif seni tempatan.

“Bersama Almarhum Ismail Hashim, Eric Peris telah muncul sebagai salah seorang suara peneraju dalam fotografi Malaysia yang mengabadikan esensi budaya, sejarah dan masyarakat negara ini melalui lensanya,” kata Balai Seni Negara dalam satu kenyataan media.

Pada usia 84 tahun, semangat dan kebolehan artistik Eric Peris telah menghadirkan pameran ini sebagai penghormatan terhadap karyanya.

Advertisements

“Pameran Arkib Eric Peris menggali lebih dalam perjalanan artistiknya yang merangkumi sumbangan pentingnya terhadap perkembangan fotografi jurnalis lokal dan seni rupa halus yang mencerminkan keunikan identiti Malaysia.

“Pameran ini memuat lebih daripada 100 dokumen arkib, surat khabar, brosur, serta karya seni dan Koleksi Seni Visual Negara.

“Menerusi pameran ini, ia bukan sahaja menghormati pencapaian cemerlangnya, tetapi turut memberi penekanan mengenai peranan penting galeri dalam melindungi dan memperingati ikon sejarah seni Malaysia.

“Selain itu, ia juga dapat memberi inspirasi sekaligus mampu memberi kesedaran akan kepentingan seni dalam membentuk kepelbagaian budaya Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai dijemput hadir melawat dan bersama-sama menelurusi perjalanan seni Eric Peris yang sedang dipamerkan sehingga Mei tahun.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pameran dan program sokongan anjuran Balai Seni Negara, ikuti media sosial rasmi atau layari laman sesawang www.artgallery.gov.my. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan