28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Kerajaan Negeri Sembilan jenamakan semula portfolio exco

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Sembilan berkemungkinan menjenamakan semula nama portfolio Exco Kerajaan Negeri agar selari dengan peranan peringkat Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, butiran tugasan barisan kepimpinan itu juga akan ditambah baik bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

“Mengenai calon exco dan portfolio) yang itu kita akan bincang dalam masa terdekat, Insya-Allah dalam minggu ini, kalau boleh secepat mungkin dengan persiapan angkat sumpah exco.

“Saya akan jumpa ketua-ketua parti (dalam Kerajaan Perpaduan) secepat mungkin. Saya akan dapatkan keputusan di peringkat kepimpinan utama parti,”katanya kepada pemberita selepas memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Besar hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau optimis mampu melaksanakan sepenuhnya Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan dalam tempoh ditetapkan di samping meneruskan agenda atau manifesto lalu yang sedang dilaksanakan termasuk menukar status pemilikan tanah pajak menjadi hak milik kekal.

Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan merupakan manifesto Kerajaan Perpaduan yang ditawarkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas berteraskan lima tekad dengan 10 teras utama yang akan dinikmati rakyat.

Aspirasi yang menggariskan 70 inisiatif itu mencakupi keperluan dan kebajikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu, sekali gus menjana peluang dalam memacu pembangunan negeri dan mensejahterakan rakyat. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan