25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

MOTAC beri peruntukan RM2 juta naik taraf Zoo Johor

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi pelaksanaan kerja menaik taraf Zoo Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan itu disalurkan melalui lawatan kerja Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, semalam.

Katanya, Zoo Johor yang telah ditutup untuk pelaksanaan kerja baik pulih dan naik taraf, dijangka kembali beroperasi sepenuhnya menjelang suku pertama tahun depan.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan turun padang bersama Menteri King Sing ke beberapa tempat menarik di Johor Bahru.

“Kerajaan negeri ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau kerana menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor.

Advertisements

“Banyak usaha dan perancangan daripada kementerian sedang giat dijalankan bersama kerajaan negeri bagi memastikan sektor pelancongan di Johor terus berkembang maju,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga berharap semua cadangan dan pandangan berkaitan akan dipertimbangkan supaya sektor pelancongan di Johor terus berkembang maju, sekali gus mampu mengangkat negeri ini sebagai destinasi pilihan pelancongan dunia.

Zoo Johor yang mempunyai keluasan 12.5 hektar di Jalan Gertak Merah di tengah pusat bandar raya itu sebelum ini dilaporkan bakal berubah wajah dan menjadi antara destinasi tarikan pelancongan di negeri Johor.

Ia dibuka pada 1928 oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar dan dinamakan sebagai Kebun Binatang ketika itu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan