24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kubur juruterbang nahas pesawat Elmina indah bak pelangi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“CANTIK kan, seolah-olah warna pelangi,”itu kata yang terbit dari mulut seorang penggali kubur mengenai keindahan kubur Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, yang telah siap digali dan sedang menunggu ketibaan jenazah, Ahad lalu.

Beliau yang menggunakan akaun ‘Thejaws’ di platform TikTok, terdahulu berkongsi keindahan tersebut kepada warganet.

Menerusi video sama, penggali kubur tersebut turut berkongsi pemandangan dari dalam kubur tersebut.

“Bagi yang teruja dengan keindahan pelangi, kita saksikan pandangan dari dalam lubang kuburnya.

“Memang berlapis-lapis macam ni coklat sikit, merah, hitam, kekuningan, hijau sikit dan membawa ke kuning.

“Ada lapan warna berbeza. Inilah kubur jenazah kapten kapal terbang Elmina tu.

“Luas dan lebar. Cantikkan? Seolah-olah warna pelangi,”katanya.

Ujarnya, seawal pukul 7 pagi lagi kerja-kerja penggalian kubur untuk Allahyarham telah dilakukan.

Advertisements

“Hari ini hari ahad, hari ketiga, jenazah masih ditunggu kemungkinan katanya selepas Zuhur atau Asar,”katanya yang turut memaklumkan kejadian ini pertama kali disaksikannya.

Allahyarham adalah antara mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates, Hulu Klang, kelmarin.

Sementara itu, warganet yang teruja dengan perkongsian tersebut turut memuatnaik komen.

Fareza Ismail berkata, pertama kali tengok lapisan tanah seindah pelangi, apalah amalan arwah semasa hidup.

Mancedez pula berkata, lapan warna berbeza, semoga terbuka lapan pintu syurga untuknya.

“Amin…,”ujarnya.

“Insan terpilih, cantik sangat liang lahad arwah, cemburu sangat, apa amalan arwah ye,”kata Sallycl. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan