31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Aminuddin puas hati kemajuan baikpulih 3 lokasi pelancongan di Jelebu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berpuas hati dengan kemajuan pembaikpulihan tiga lokasi pelancongan di Jelebu.

Ia membabitkan Taman Eko Rimba Jeram Toi, Trek Pendakian Lata Berembun dan Gunung Telapak Buruk.

Perkara itu dinyatakan beliau selepas melihat sendiri kemajuan pembaikpulihan di tiga lokasi terbabit semalam.

“Saya berkesempatan melihat sendiri kemajuan pembaikpulihan Taman Eko Rimba Jeram Toi pada petang ini.

“Tapak rekreasi tersebut sedang giat dibangunkan semula demi kegunaan rakyat khususnya di Negeri Sembilan.

Advertisements

“Usai lawatan di Jeram Toi, lawatan diteruskan di Gunung Berembun bagi melihat kerja-kerja pembaikpulihan trek pendakian Lata Berembun dan Gunung Telapak Buruk.

Aminuddin berkesempatan meninjau kemajuan pembaikpulihan Taman Eko Rimba Jeram Toi serta Trek Pendakian Lata Berembun dan Gunung Telapak Buruk semalam.

“Untuk makluman, kawasan parkir yang terdahulu telah dinaiktaraf dan para pengunjung akan disajikan dengan pemandangan alam sekitar yang memukau serta kawasan sungai yang boleh digunakan oleh para pengunjung untuk mandi bersama ahli keluarga.

“Saya amat berpuas hati dengan kemajuan yang giat di jalankan dan saya difahamkan bahawa trek pendakian ini akan dibuka kepada orang awam tidak lama lagi.

“Oleh itu, kepada penghujung di luar sana boleh mengikuti perkembangan semasa menerusi laman Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan bagi info terkini,”ujar beliau menerusi kenyataan di Facebook.

Secara keseluruhannya, Aminuddin berkata, beliau berharap dengan kemajuan yang giat dijalankan dan kemudahan-kemudahan awam yang menarik bakal menanti pengunjung tidak lama lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan