33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Che Ta Pot Pet saman fitnah Iddin Syah RM16 juta

Mesti Baca

USAHAWAN kosmetik terkenal Che Ta Pot Pet, memfailkan saman fitnah dan menuntut RM16 juta daripada usahawan yang juga pempengaruh, Iddin Syah, di Mahkamah Tinggi George Town, hari ini.

Che Ta atau nama sebenarnya, Rozita Baharom, 36, turut menfailkan permohonan injuksi supaya Iddin berhenti memuat naik kenyataan serta memadam hantaran termasuk video, yang didakwa berunsur fitnah terhadap dirinya sejak Julai lalu.

Peguam, K Mahendran, yang mewakili Rozita, berkata dalam tuntutan yang difailkan, anak guamnya menuntut permohonan maaf daripada Iddin secara terbuka menerusi platform media sosial, termasuk akaun TikTok dan Instagram miliknya.

“Kami juga mendapatkan injuksi terhadap defendan untuk memadam segala video yang memburukkan nama anak guam saya di mana-mana platform sehingga kes selesai serta merta,” katanya.

Terdahulu Rozita diwakili Mahendran dan P Vaasu, mengemukakan permohonan itu di hadapan Hakim P Anand.

Advertisements

Hakim mempersoalkan mengapa tuntutan itu dikemukakan terus ke Mahkamah Tinggi dan berpandangan permohonan sedemikian lebih wajar sekiranya dilakukan di peringkat Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun atas budi bicaranya, hakim membenarkan permohonan injuksi yang melarang defendan memuat naik sebarang hantaran atau kandungan berkaitan plaintif sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan tarikh 4 September ini untuk pendengaran inter-parte antara kedua belah pihak berhubung tuntutan berkenaan.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan Iddin Syah mendakwa dia ditipu oleh rakan niaga yang juga seorang penyanyi sebanyak RM150,000.

Iddin Syah mendakwa Rozita gagal membuat bayaran semula jumlah yang telah dijanjikan bagi tujuan pembayaran sebuah perkhidmatan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan