32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kerajaan Perpaduan siap siaga tambah baik hal ehwal Islam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan akan terus siap siaga menambah baik hal ehwal Islam di Malaysia agar lebih inklusif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam malah rahmat kebaikannya dapat dirasai oleh masyarakat beragama lain.

Terdahulu, Anwar hadir pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Advertisements

“Mesyuarat MKI jelas menzahirkan keprihatinan DYMM Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

“Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Anwar berkata, hanya dengan perkenan dan restu Raja-raja Melayu, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.

“Sekalung penghargaan juga kepada ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang hadir dan turut serta mesyuarat ini,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan