27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kait Hafidzah dengan PKM

Amanah Kelantan saman pengguna Facebook

Mesti Baca

AMANAH bakal menyaman seorang pengguna Facebook yang mengaitkan salah seorang Adun di negeri itu dengan komunis.

Pengarah Biro Undang-undang (Kanun) Amanah Kelantan, Hisham Fauzi berkata, tindakan individu terbabit jelas dan terang menyiarkan tuduhan ke atas Dr Hafidzah Mustakim.

“Kanun Amanah Kelantan sangat kesal atas tuduhan yang dibuat dan kami akan mengambil tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Hisham berkata, seorang pengguna Facebook mengaitkan Hafidzah dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang didakwanya ditaja oleh DAP.

Katanya, tindakan undang-undang itu akan diambil sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menuduh pihak yang tidak sehaluan dengan mereka sebagai musuh negara.

“Kanun Amanah Kelantan sangat kesal dengan sikap ditunjukkan mereka seolah-olah enggan mengiktiraf proses pilihan raya yang berjalan secara demokratik.

Advertisements

“Seharusnya, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRN baru-baru ini, menggunakan saluran yang betul untuk membuat bantahan.

“Mereka boleh memfailkan petisyen pilihan raya, bukannya mengeluarkan fitnah terhadap calon yang diisytiharkan menang.

“Saya juga menegaskan bahawa kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang secara terang-terangan menyerang dan menimbulkan fitnah ke atas mana-mana calon PH khususnya Amanah,” katanya lagi.

Terdahulu, pengguna yang seorang lelaki itu mendakwa, keadaan berlaku apabila pengundi Melayu ‘alpa’ dengan apa yang berlaku sekarang sehingga ‘bayangan komunis’ dapat bertapak di Kelantan.

Hafidzah adalah Ketua Angkatan Wanita Amanah Kelantan dan memenangi kerusi DUN Kota Lama dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu lalu.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan