27 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 24, 2023

Hina Institusi Diraja, 2 lelaki ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki ditahan polis kerana memuat naik hantaran berkecenderungan menghasut dan mendatangkan penghinaan terhadap Institusi Diraja menerusi dua serbuan berasingan, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk berkata, suspek pertama berusia 41 tahun yang dipercayai pemilik akaun Facebook Flat Earth Malaysia telah ditahan di Kampung Sungai Kati, Ipoh, Perak.

“Suspek berkenaan ditahan berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi Diraja Johor.

“Sementara, suspek kedua pula berusia 47 tahun yang dipercayai pemilik akaun Facebook Iman Mustaqim telah ditahan di Langkap, Perak.

“Suspek disyaki memuat naik hantaran mengandungi kenyataan menghina Sultan Selangor,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, dua suspek terbabit direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 2 September nanti.

“Kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai digesa supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah.

“Elakkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutama membabitkan isu 3R (kaum, agama dan raja),”katanya. – Edisi 9

Terkini

Kes bunuh: Polis buru dua suspek warga Sri Lanka

POLIS memburu dua suspek lelaki warga Sri Lanka kerana disyaki terlibat kes bunuh tiga warga senegara di sebuah rumah...

Lagi Artikel Berkaitan