29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

HASiL, ahli percukaian perlu telus, adil kutip cukai daripada rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dan ahli-ahli percukaian perlu telus dan adil apabila mengutip cukai daripada rakyat dan komuniti perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, janganlah membebankan rakyat dan hanya mengenakan cukai apa yang patut.

“Semasa ucapan saya di perasmian Persidangan Percukaian 2023 pagi ini, saya singgung tentang kepentingan hasil cukai dalam penstrukturan semula ekonomi kita dan pengagihan kepada lapisan masyarakat yang perlu bantuan.

“Namun, saya bertegas, HASiL dan ahli-ahli percukaian perlu telus dan adil apabila mengutip cukai daripada rakyat dan komuniti perniagaan. Hanya cukai apa yang patut, dan jangan bebankan rakyat,”katanya pada Majlis Perasmian Konvensyen Cukai Kebangsaan di KLCC, Kuala Lumpur.

Anwar berkata, walaupun negara perlu meningkatkan kutipan cukai, beliau berharap HASiL akan menyahut cabaran peredaran zaman dan tekonologi.

“Seperti teori ‘creative destruction’ Joseph Schumpeter, di mana produktiviti dan pembangunan akan meningkat apabila teknologi dan cara-cara yang lapuk diganti dengan inovasi baru.

“Dalam erti kata lain, HASiL perlu menjadi lebih inovatif untuk merombak semula sistem percukaian supaya menjadi lebih efisien dan berkesan di zaman sekarang,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan agar semua dapat memperbaiki tata kelola dan menerap sikap amanah dalam pengurusan wang.

Advertisements

“Tidak ada guna jika hasil cukai kita meningkat sebanyak mana pun, tetapi masih ada berbilion ringgit wang rakyat disedut lesap oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Negara akan kekal kucar-kacir dan rakyat tidak akan terbela jikalau integriti institusi-institusi masih rapuh,”katanya.

Ujar beliau, ekonomi MADANI yang telah diluncurkan minggu lepas adalah perancangan Kerajaan Perpaduan untuk menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia, dan meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

“Nilai-nilai murni seperti adil, saksama, amanah, dan bertanggungjawab inilah yang akan merealisasikan kerangka Ekonomi MADANI.

“Kerajaan boleh menetapkan objektif-objektif ekonomi yang meninggi langit, namun mereka tidak akan tercapai jika semua rakyat Malaysia tidak berganding bahu dan mengamal sifat-sifat terpuji.

“Kita pernah menjadi juara Asia satu ketika dahulu, namun kerakusan dan ketirisan sesetengah pihak yang menyalah-gunakan kuasa mereka untuk mengayakan diri sendiri dan kroni telah membuat Malaysia menjadi mundur dan hilang arah kompas moralnya.

“Oleh itu, marilah kita semua rakyat menggembleng tenaga untuk memperbaiki struktur ekonomi negara tercinta agar ia menjadi sebuah tempat yang lebih baik untuk kita dan anak-anak kita,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan