26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Warga emas, pelajar Tingkatan 5 maut motosikal bertembung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG warga emas dan pelajar sekolah maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung satu sama lain dalam kejadian kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 19, Jalan Bota Kiri, Tanjung Belanja, Parit semalam.

Kejadian yang berlaku jam 7 malam itu melibatkan seorang warga emas, Jaafar Halid, 64, menunggang motosikal jenis Honda Dash, manakala seorang lagi mangsa merupakan pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah Parit, Iman Harith Othman, 17, menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian kemalangan dipercayai berlaku ketika penunggang Honda Dash dari arah Tanjung Belanja ingin pulang ke rumahnya di Kampung Tua, manakala sebuah lagi motosikal ditunggang seorang remaja dari arah Bota Kiri ke Tanjung Belanja.

“Apabila sampai di simpang rumahnya, penunggang motosikal jenis Honda Dash tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha LC yang bergerak lurus tidak sempat membrek lalu melanggar warga emas tersebut.

Advertisements

“Disebabkan kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Mohd Yusri menasihati semua penunggang motosikal agar sentiasa berhati-hati, memakai topi keledar dengan betul serta mematuhi peraturan dan undang-undang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan