26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Cadangan BERSIH PN buat perjanjian dengan kerajaan disokong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CADANGAN Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) agar Perikatan Nasional (PN) menandatangani perjanjian dengan kerajaan disokong oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, perjanjian tersebut bagi membentuk kestabilan politik dan ekonomi sekali gus mengelak berlaku kerajaan ‘tebuk atap’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, melalui perjanjian tersebut Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menunggu Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) untuk menjadi Perdana Menteri.

“Adakah PN bersetuju dengan gesaan Bersih yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan dan PN buat MOU (perjanjian persefahaman) demi kestabilan politik.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai. Eloklah semua parti tumpu pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Advertisements

“Mudah-mudahan Muhyiddin setuju. Hentikan sebarang langkah tebuk atap. Cukuplah. Rakyat sudah buat keputusan. Muhyiddin kena tunggu PRU 16 jika mahu jadi PM semula,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, BERSIH menggesa Kerajaan Perpaduan dan PN untuk menandatangani perjanjian damai untuk memastikan kestabilan politik selepas tamat PRN nanti.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin perlu memberikan komitmen mereka bagi merundingkan perjanjian damai pasca-PRN.

“Hal ini untuk memastikan pengundi, bukan sahaja di enam negeri tersebut malah pelabur domestik dan asing bahawa Malaysia akan memberi fokus kepada pemulihan semula ekonomi.

“Di samping itu, menafikan desas-desus perubahan kerajaan di pertengahan penggal yang menyebabkan keraguan terhadap kestabilan politik dan keyakinan pasaran,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan