26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

6 kilang perabot di Sungai Buloh musnah dijilat api

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ENAM buah kilang pembuatan peralatan perabot musnah dijilat api dalam kejadian yang berlaku di Kampung Baru Sungai Buloh petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kebakaran pada pukul 4.48 petang.

“Sebaik menerima maklumat, sebanyak 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Selayang, Damansara serta Rawang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 5 petang, pihak bomba mendapati kebakaran membabitkan enam kilang pembuatan perabot.

Advertisements

“Ketika ini, pemadaman sedang dijalankan oleh pasukan bomba,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian itu tular di media sosial selepas beberapa gambar dan rakaman video yang menunjukkan asap tebal dikongsi orang awam yang berada berhampiran lokasi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan