26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

5 PATI ditahan kerana langgar syarat lesen, tiada dokumen sah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan bersama lima nelayan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak kerana gagal mengemukakan dokuman pengenalan diri.

Lima nelayan warga asing termasuk tekong dan kru itu ditahan di kedudukan 10.6 batu nautika barat Pulau Rumbia, Perak pada sekitar jam 12.50 tengah hari, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan operasi KM TUGAU ketika melakukan rondaan rutin menerusi Op Sayong, Op Tanjung dan Op Tiris di perairan Perak.

“Bot yang mencurigakan itu kemudian dirapati untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat orang kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 15 hingga 43 tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, tekong gagal mengemukakan dokuman pengenalan diri dan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Sehubungan dengam itu, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui.

“Kesemua nelayan ditahan, bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung
Acheh dan diserah kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,”katanya.

Ujar beliau, Maritim Malaysia menegaskan kepada komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05- 6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan