26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tindakan undang-undang untuk semua, bukan sebab ugutan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN undang-undang sewajarnya perlu dikenakan kepada semua individu bukannya disebabkan ‘ugutan’.

Soal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu, apakah ugutan dan tindakan seperti ini diizin oleh demokrasi.

“Undang-undang dibuat untuk semua orang, bukan untuk parti lawan sahaja.

“Siasatan oleh polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) perlu dilakukan, tetapi bukan untuk ugutan politik.

“Jika benar ada jenayah, tindakan undang-undang hendaklah diambil. Amatlah tidak bertanggungjawab jika diguna untuk politik parti,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Oleh sebab takut dengan ‘ugutan’ Dr Mahathir mendakwa ramai dalam kalangan kenamaan Melayu berada dalam ketakutan kerana bimbang akan dikenakan tindakan termasuk saman dan pendakwaan di mahkamah.

“Golongan berkenaan bimbang jika ada orang tertentu akan melaporkan kepada polis dan berdepan siasatan.

“Mereka tidak senang dengan prestasi kerajaan sekarang. Banyaklah sebab kerana berpendapat kerajaan sekarang tidak baik. Mereka menyatakan ini apabila ditemui.

“Tetapi mereka enggan menyertai sebarang gerakan yang memiliki pendapat yang sama. Ini kerana mereka takut jika dikenal pasti oleh kerajaan dan tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Advertisements

Dakwa beliau lagi, ada antara kenamaan itu yang takut jawatan mereka ditukar kepada lebih rendah atau dilucut terus.

Malah katanya, ada yang takut kontrak mereka ditarik balik atau diganggu.

“Ada ugutan untuk hantar kereta polis ke hadapan rumah mereka dan takut akan dimasukkan ke dalam tahanan polis.

“Tidak ada caj (pendakwaan) tetapi jika masuk dalam tahanan walaupun hanya beberapa hari sahaja, tekanan jiwa amat teruk,”dakwanya.

Negarawan itu juga mendakwa tindakan ‘mengugut’ untuk mendedahkan kertas siasatan oleh polis berkenaan menteri-menteri UMNO yang lama juga adalah satu salah guna kuasa.

Tegasnya, pendedahan itu sepatutnya melibatkan semua pihak, termasuk menteri pada masa sekarang.

Pada masa sama, Dr Mahathir juga mendakwa dan mendedahkan ada kertas siasatan turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar sendiri, walaupun tidak melihatnya. Polis bagi tahu semasa saya Perdana Menteri,”katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan