Wednesday, July 22, 2026

Persepsi jurusan TVET lebih rendah kategori perlu diubah

Persepsi sebegitu perlu diperbetulkan selari dengan penekanan negara ke arah teknologi digital dan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 yang memerlukan kepakaran daripada jurusan TVET

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERSEPSI jurusan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kononnya lebih rendah kategorinya berbanding lulusan diploma dan universiti perlu diubah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, kata beliau, ia masih wujud sehinggakan pelajar menjadi tidak bersemangat ketika meneruskan pengajian dalam jurusan tersebut.

“Sementelahan, persepsi sebegitu perlu diperbetulkan selari dengan penekanan negara ke arah teknologi digital dan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 yang memerlukan kepakaran daripada jurusan TVET.

“Saya percaya, usaha mempertingkatkan dan memperkasakan jurusan TVET ini penting termasuk meningkatkan gaji yang sepatutnya,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri hadir pada program Sentuhan Kasih Desa– Sesi Bual Bicara Komuniti Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dslan ke arah usaha tersebut, Perdana Menteri berkata, pastinya, perubahan dalam kementerian terlibat juga dituntut dengan menerima kenyataan yang mana cara dan kaedah lama harus diubah suai supaya latihan TVET itu dapat memenuhi keperluan industri. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan