22.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

Penerima STR miskin tegar terima SARA mulai esok

Mesti Baca

LEBIH 210,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, SARA berjumlah RM600 itu diberikan bagi membolehkan mereka yang terbabit mendapatkan keperluan barangan makanan asas.

“Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan hampir RM130 juta di bawah inisiatif Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya kumpulan miskin tegar mendepani cabaran kos sara hidup.

“Oleh itu, dengan sumbangan yang diberikan ini dapatlah menampung sebahagian daripada perbelanjaan seharian mereka,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, pelaksanaan SARA akan dibuat mulai esok, 17 Julai bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula akan memperolehnya mulai 7 Ogos.

Advertisements

Katanya, berdasarkan jadual pemberian, mereka yang daripada Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan mendapat SARA pada esok.

Ia berupa bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan iaitu Julai hingga Disember ini secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara.

Manakala bagi penerima daripada Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor pula akan menerima sumbangan sama pada 31 Julai ini.

Bagi penerima STR di Sabah, Sarawak dan Labuan pula akan menerima bayaran RM600 sekali gus melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara pada 7 Ogos.

Katanya, semakan status kelayakan SARA boleh didapati di https://bantuantunai.hasil.gov.my manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui https://www.mykasih.com.my. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan