28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tiada arahan halang, padam kandungan TikTok MB Kedah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak menerima sebarang arahan untuk menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya meneliti kenyataan yang dibuat Muhammad Sanusi, yang menuduh kerajaan berbuat demikian.

“MCMC mengesahkan tiada sebarang arahan diterima berhubung isu ini.

“Platform-platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai,”katanya.

Advertisements

Jelas MCMC, garis panduan komuniti menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman serta mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik, yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti.

Terdahulu, Muhammad Sanusi melahirkan rasa tidak puas hati apabila akaun TikToknya didakwa disekat semalam dan menyifatkan perkara itu sebagai usaha menghalang kemaraannya berkempen secara maya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mahu pihak berkaitan mengaktifkan semula akaun media sosial miliknya itu bagi memudahkan mendekati rakyat, khususnya menjawab pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap dirinya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang turut memberi maklum balas perkara itu turut melaporkan kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana akaun TikTok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan