Wednesday, July 22, 2026

‘Elaun Madani’ sebanyak RM800 kepada penjawat awam palsu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menafikan kerajaan akan memperkenalkan ‘Elaun Madani’ dengan pembayaran minimum sebanyak RM800 kepada penjawat awam.

MOF menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, poster yang ditularkan di media sosial adalah palsu.

“Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat mengenai ‘Elaun Madani’ kepada semua kakitangan awam adalah palsu.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini di media sosial.

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak pasti, jangan kongsi,”menurut kenyataan itu.

Dalam poster yang ditularkan di media sosial tersebut turut memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan logo Malaysia Madani.

Menurut poster tersebut, kerajaan akan memansuhkan elaun sara hidup dan bayaran insentif.

Bagi meraikan kesamarataan antara negeri kerajaan akan mewujudkan elaun baru yang dikenali sebagai ‘Elaun Madani’.

Menurut poster itu penjawat awam akan mendapat bayaran minimum sebanyak RM800. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan