26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Dua mayat ditemui terapung di Sungai Besar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor mengesahkan penemuan dua mayat terapung di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Shahrenliza Ghazali berkata, pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) telah menerima maklumat berkaitan penemuan mayat pertama daripada komuniti nelayan pada jam 9.37 pagi.

“Manakala mayat kedua ditemukan oleh sekumpulan pemancing di kedudukan 6.9 batu nautika barat daya jeti Sungai Haji Durani pada jam lebih kurang 12.05 tengah hari.

“Kedua-dua mayat dibawa ke Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam bagi proses bedah siasat,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, pengecaman awal oleh keluarga mangsa mengesahkan, identiti kedua-dua mayat itu ialah Kamarudin Che Om, 65 dan Mohd Noh Wah, 55 yang dilaporkan hilang di sekitar Muara Sungai Haji Dorani, Sungai Besar.

Advertisements

“Terdahulu, kedua-dua mangsa dilaporkan keluar ke laut menaiki bot fiber bernombor pendaftaran SLS 5403 namun tidak pulang ke pangkalan dan gagal dihubungi oleh keluarga mangsa,”katanya.

Menurutnya, operasi CARILAMAT yang diselaraskan oleh Maritim Malaysia pada hari kedua dengan menggunakan lima bot terdiri daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan turut dibantu oleh komuniti nelayan tempatan dan sebuah pesawat udara dari Pasukan Gerakan Udara.

“Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan komuniti nelayan tempatan yang terlibat dalam operasi ini.

“Orang ramai dan komuniti mairitm terutamanya diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan cakna dengan keadaan cuaca,”ujar beliau.

Sebarang insiden kecemasan di perairan Selangor, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-321760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan