30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Ruziev perkuat jentera tengah Sri Pahang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SRI Pahang FC terus memperkuatkan pasukan pada jendela perpindahan Julai ini apabila membawa masuk seorang lagi pemain import, Kuvondik Ruziev.

Ruziev merupakan rekrut kedua Sri Pahang dalam tempoh dua hari selepas sebelum ini memgumumkan penyertaan penyerang dari Brazil, Rafael Feital da Silva .

“Pemain ini akan memperkuatkan SPFC dalam baki saingan Liga Malaysia. Kehadirannya dijangka menjadi suntikan penting dan menambah kreativiti di barisan tengah. 

“Ruziev merupakan anggota skuad juara berganda Liga Super dan Piala Uzbekistan bersama Lokomotiv Tashkent pada 2016 dengan Sri Pahang adalah kelab luar Uzbekistan pertama diwakilinya,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Sri Pahang yang dibimbing Fandi Ahmad ketika ini berada di tangga ketiga Liga Super di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.

Advertisements

Namun, kecederaan yang menimpa penyerang import dari Brazil, Lucas Silva membuatkan skuad Tok Gajah hanya bergantung harap pada Kpah Sherman untuk mengetuai jentera serangan.

Oleh itu, Fandi mahu memperkuatkan barisan tengah dan serangan sebaik jendela perpindahan dibuka semalam.

Sri Pahang semelama mengumumkan penyertaan Rafael Silva bagi mngharungi baki saingan Liga Malaysia 2023. 

“Rafael membawa bersama pengalaman luas beraksi di pelbagai divisyen di negara kelahirannya, malahan bolasepak ASEAN juga bukanlah asing buatnya yang pernah mewakili beberapa kelab di Liga Indonesia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan