31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Bot fiber ditahan bersama 18 bubu naga

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ZON Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot gentian kaca (fiber) bersama 18 unit bubu naga di kedudukan 0.2 batu nautika barat Kuala Gula, Perak Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, bot itu ditahan kira-kira jam 10.39 pagi setelah dikesan oleh pasukan operasi Maritim Malaysia dalam rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

“Setelah merapat dan diperiksa, anggota operasi mendapati bot itu dikendalikan sendirian oleh seorang nelayan warga tempatan berumur 42 tahun serta memiliki lesen yang sah.

“Namun, hasil pemeriksaan lanjut telah menemukan sebanyak 18 unit bubu naga di atas geladak utama bot yang disyaki digunakan sebagai alat menangkap ikan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, kata beliau, tekong ditahan untuk siasatan manakala bot dan 18 unit bubu naga yang dirampas dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana memiliki dan disyaki menggunakan peralatan menangkap ikan tanpa lesen yang sah,”katanya.

Ujar beliau, Maritim Malaysia menegaskan, komuniti maritim perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan jangan gunakan alat menangkap ikan yang boleh memberi kesan negatif terhadap ekosistem marin demi mengaut keuntungan.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Fahmi kecam Meta turunkan bahan Anwar jumpa pemimpin Hamas

KERAJAAN Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Meta menurunkan bahan yang dimuat naik oleh media tertentu ke media sosial berhubung pertemuan...

Lagi Artikel Berkaitan