27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Anwar, Zahid cuba sembunyikan DAP- dakwa Wan Saiful

Undi UMNO - PH tetap dapat "abang besar" DAP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat cuba menyembunyikan DAP dari tatapan rakyat Selangor.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan itu dilakukan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam program di kawasan majoriti Melayu.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Bangi, berkata keadaan itu dapat dilihat pada Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal dalam Parlimen Bangi, Jumaat lalu.

“Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan merangkap Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh, diletak duduk jauh di hujung.

“Akibatnya dia sentiasa berada di luar capaian lensa kamera dan video. Berucap pun hanya empat minit sahaja.

“Jelas sekali Anwar-Zahid mahu menyembunyikan hakikat bahawa parti aliran kiri bernama DAP itu adalah parti terbesar dalam kerajaan persekutuan dan juga parti besar dalam kerajaan Selangor,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, setiap satu undi PH-UMNO dalam Pilihanraya negeri (PRN) nanti ialah undi untuk parti ‘left-wing’.

“DAP kembali menguasai dengan bilangan mereka yang banyak berbanding parti lain.

Advertisements

“Sebab itu saya tidak pelik jika strategi UMNO dan PH ialah menyembunyikan DAP agar mereka dapat ‘mewajahkan’ gabungan mereka dengan gambaran mengelirukan.

“Tetapi, buatlah macam mana sekalipun, DAP tetap DAP dan jika PH-BN diberi undi, maka parti kiri DAP akan terus menjadi abang besar,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan diatas kejayaan mengimport peserta sertai Jelajah Madani.

“Saya ucap syabas kepada Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi kerana berjaya mengimport berbas-bas peserta untuk menyertai Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera yang diadakan di DUN Sungai Ramal dalam Parlimen Bangi pada hari Jumaat lalu.

“Bagaimanapun, dalam ucapan Anwar dan Zahid, sekali lagi mereka terus gagal mengangkat penyelesaian masalah kos sara hidup rakyat yang kian parah.

“Isu pencarum-pencarum meminta pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar, dan isu penyelesaian masalah harga barang dan juga kadar dasar semalaman (OPR) yang dijangka akan meningkat selepas PRN.

“Tiada penyelesaian dan tiada hala tuju. Anwar juga sudah lupa zikir harian yang dia selalu sebut iaitu “Saya ulang! Hari ini saya menang, esok turun harga minyak.” Dah terlupa nak ulang ke?,”sindir beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan