26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

35 PATI sembunyi dalam kebun ditahan polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia bersembunyi di sebalik kebun kelapa sawit di Segari, Manjung bagi mengelak daripada ditahan tidak berjaya apabila dapat dihidu pihak berkuasa dalam serbuan dibuat pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, maklumat awal diterima daripada orang awam sekitar jam 9.45 pagi selepas melihat sebuah bot terdampar di pesisir pantai.

“Berdasarkan maklumat itu, polis berjaya menjejaki 24 lelaki, 10 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki sedang bersembunyi dalam kebun tersebut.

“Hasil siasatan membawa tangkapan dua lelaki tempatan di sebuah restoran makanan laut di kawasan Kampung Bharu, Manjung,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai penyeludupan manusia.

Advertisements

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959.

“Kesemua tangkapan akan direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Mohamed Nordin menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dan bersekongkol dalam melindungi kemasukan pendatang asing.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Sollehuddin Rahmat di talian 013-7908995 untuk membantu siasatan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan