25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tony Pua robek keharmonian Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

TINDAKAN Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelarkan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup‘ telah merobek keharmonian dan kesepaduan dalam Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh berkata, kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara jelas biadab dan sekali gus mewujudkan ketidakpuasan hati dalam kalangan akar umbi UMNO.

Sehubungan itu, beliau berkata, jangan kerana tindakan biadab seorang individu seperti Tony Puas mengakibatkan keharmonian dan persefahaman yang dibentuk tergendala dan berhenti di tengah jalan.

“Tony Pua harus belajar bahawa kehadiran UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan adalah aset penting dalam memastikan nasib dan igauan ngeri orang Melayu ketika 22 bulan di zaman Pakatan Harapan (PH) tidak kembali berulang.

“Selain itu juga, kepakaran dan pengalaman menteri-menteri BN ketika ini juga yang menjadi faktor penting kepada kelancaran pentadbiran Perdana Menteri Ke-10.

“Pergerakan Pemuda menuntut DAP agar mengambil tindakan tegas kepada Tony Pua,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tony Pua yang secara ‘tiba-tiba’ menggelar BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai corrupt coalition atau ‘pakatan korup’.

Kenyataan dibuat sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, malam tadi.

Advertisements

Dr Akmal berkata, Pemuda UMNO menyarankan agar Tony Pua cermin diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana beliau hanyalah tin kosong yang tidak membawa manfaat kepada pembangunan negara.

Katanya, negara ini ketika dibawah pentadbiran BN yang beliau gelar sebagai ‘pakatan korup’ telah memacu negara dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Jelas beliau, di bawah BN juga Malaysia telah diangkat oleh Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebagai negara ke-23 paling kompetitif di dunia.

“Ini termasuklah kejayaan BN meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga mencatatkan nilai RM1.4 trilion termasuklah usaha memperkasa aset syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan mencecah beratus bilion.

“Dan beri pulangan tinggi kepada rakyat dan kerajaan seperti Khazanah Nasional yang naik dari RM32 bilion kepada RM116 bilion dan rizab tunai Petronas naik dari RM30 bilion kepada RM174 bilion,” katanya.

Bagaimanapun, ketika negara beralih kepada Kepimpinan PH yang ketika itu Tony Pua bertindak sebagai Penasihat kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, negara melalui zaman gelap sehingga kerajaan tersebut rebah dalam tempoh 22 bulan.

Katanya, Tony Pua yang bertugas di Kementerian Kewangan tidak mampu memacu perkembangan ekonomi negara sehingga KDNK jatuh merudum dan hutan negara meningkat secara mendadak.

“Ini berlum dikira dengan kejatuhan nilai matawang Ringgit akibat tindakan dan keceluparan beliau yang memberi gambaran negatif tentang negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan