28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Taktik Sanusi alih kemarahan rakyat Kedah – Saifuddin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN Menteri Besar Kedah yang mendakwa Perdana Menteri tidak layak bercakap isu kemiskinan merupakan taktik beliau bagi mengalihkan kemarahan rakyat Kedah berhubung isu air.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada masa sama, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor turut memainkan isu Pulau Pinang milik Kedah.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, mereka sangat mengenali satu sama lain dan tahu taktik politik yang dibuat sesama sendiri.

“(Muhammad) Sanusi ini sahabat masa kami sama-sama dalam Pakatan Rakyat. Beliau supol (Setiausah Politik) Almarhum Ustaz Azizan Razak MB (Menteri Besar) Kedah ketika itu. Kami saling mengenali langkah politik masing-masing.

“Isu Pulau Pinang milik Kedah dan serang PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berterusan tujuannya cuma satu… Rakyat Kedah dok (asyik) marah pasal isu air. Kemarahan meluas.

“Apa lagi cara Sanusi untuk kalih kemarahan ini?” soal Saifuddin menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Muhammad Sanusi ketika berceramah dalam program kempen PN di Tanjong Karang, Selangor Ahad lalu mendakwa Anwar tidak layak bercakap soal kemiskinan kerana tidak pernah hidup dalam situasi tersebut.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu dilihat meremehkan Anwar dengan berkata Perdana Menteri hidup dalam keluarga UMNO dan belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Sementara itu, Saifuddin berkata, Muhammad Sanusi cuba menjatuhkan Perdana Menteri tetapi hujah yang diberikan jauh bertentangan dengan apa yang diperjuangkan Anwar.

“Saya tidak berniat hendak berhujah panjang. Rakyat Malaysia tidaklah naif untuk telan hujah Sanusi. Mari kita renung fakta ini.

“Kali pertama masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) sebab perjuangkan isu kemiskinan Baling.

“Tamat belajar di UM (Universiti Malaya) terus buka Yayasan Anda di Kampung Kerinchi. Sekolah ini beri peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang rata-rata dari keluarga miskin.

“Minggu pertama menjawat (jawatan Perdana Menteri) PM, terus umum bantuan tunai kepada penanam padi yang umum tahu sangat dekat dengan kemiskinan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sukuk wakalah Samaiden terima penarafan RAM

SAMAIDEN Group Berhad, pakar tenaga boleh diperbaharui (RE) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) dan...

Lagi Artikel Berkaitan