Wednesday, July 22, 2026

Khalil mohon maaf, sokong jika Teresa teraju Felda

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya mengakui kesilapan dan memohon maaf kerana berkongsi poster fitnah terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Facebooknya semalam.

Bagaimanapun, Kalil berkata, beliau secara peribadi bersetuju sekiranya Naib Pengerusi DAP itu dilantik memegang jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Ini kerana kata beliau, Teresa mempunyai pengalaman luas semasa menjadi Menteri Industi Utama ketika di bawah kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad lalu.

“Kalau benar PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju lantik Teresa terajui Felda, saya secara peribadi bersetuju.

“Sebab Teresa ada pengalaman menjadi menteri satu ketika dahulu dan berjaya menjaga sawit dengan idea, cadangan, tatakelola agak memberangsangkan.

“Salahkah sekira beliau dilantik mengemudi Felda,” soal Kalil menerusi hantaran Facebook hari ini.

Khalil semalam meletakkan kesalahan terhadap pentadbir Facebooknya selepas berkongsi poster bahawa Teresa telah dilantik sebagai Pengerusi Felda.

Menerusi poster yang tular itu menyatakan Teresa akan diangkat sebagai Pengerusi Felda selepas pengunduran lebih awal Tan Sri Idris Jusoh.

Felda bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

“Tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pelantikan Pengerusi Felda yang baharu sehingga hari ini. 

“Sebaran poster adalah tidak berkaitan,” jelas Felda malam tadi. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan