30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 18, 2025

Bertaubatlah Raja Petra – Isham Jalil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil meminta Raja Petra Kamarudin bertaubat dari terus memfitnah dirinya.

Ini selepas penulis blog kontroversi itu ‘memetik’ namanya dalam satu kenyataan berkaitan nilai ringgit yang beliau sendiri tidak pernah menyebutnya.

“Ini Raja Petra, dia dah mula balik petik nama saya dan menipu dan memfitnah lagi. Benda yang saya tak cakap pun dia kata saya cakap.

“Beberapa bulan lalu dia hari-hari meracau dan meratib nama saya, dan dia pernah tuduh bagaimana kalau saya ada hubungan luar tabii dengan Anwar Ibrahim, walaupun saya tak pernah berjumpa dan bersalam pun dengan Anwar pada ketika itu.

“Kini dia ingin fitnah saya lagi. Apalah yang kamu takut sangat dengan saya Pak Raja,”soal Isham menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab hantaran di Facebook Raja Petra yang mengaitkan dirinya sebagai ‘budak Najib’ dan berkaitan nilai ringgit.

Advertisements

“Budak BossKu (Najib Razak) berkata nilaian ringgit jatuh sebab pelabur asing takut dengan Islam. Sebab tu negara-negara timur tengah dan Brunei semua bankrap,” tulis Raja Petra di Facebooknya.

Dalam hantaran tersebut, penulis blog itu juga memuatnaik gambar Isham.

Mengulas lanjut Isham berkata, Raja Petra juga sebenarnya adalah ‘budak Najib’ ketika bekas Presiden Umno itu menjadi Perdana Menteri keenam.

“Dia kata saya budak Najib. Dia dulu pun budak Najib. Dia selalu pertahan Najib semasa Najib Perdana Menteri. Selepas Najib bukan Perdana Menteri, mungkin dia sudah jumpa tokey lain.

“Saya harap Allah SWT bukalah hati orang tua ini untuk bertaubat. Jika tidak esok bila mati macam mana jadi jika kamu tidak sempat mohon maaf kepada orang yang kamu fitnah.

“Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh Pak Raja. Bertaubatlah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kepimpinan, pengalaman Siti Fadilah mampu perkasa IRM

KEPIMPINAN dan pengalaman yang dimiliki oleh Siti Fadilah Mohd Hood diyakini mampu memperkasa Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mencapai...

Lagi Artikel Berkaitan