28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Pulau Pinang bubar DUN pada 28 Jun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang memutuskan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Keputusan itu dinyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan mempersembahkan perkara itu kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dalam masa terdekat.

“Kita putuskan 28 Jun (untuk pembubaran DUN). Saya akan jumpa dengan Tuan Yang Terutama (TYT) untuk cadangkannya,”katanya memetik laporan Malaysiapost.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika ditanya tarikh pembubaran DUN Pulau Pinang selepas merasmikan majlis Wacana Ilmu Apresiasi Pendidikan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Daerah Timur Laut 2023, hari ini.

Kon Yeow berkata, segala urusan berkaitan pembubaran DUN itu akan diatur dengan sebaik mungkin.

Sebelum ini, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengesahkan akan membubarkan DUN dalam tempoh 10 hari terakhir pada bulan ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan