25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

5 usahawan desa terima pembiayaan RM1.05 juta

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini menyerahkan pembiayaan perniagaan sebanyak RM1.05 juta kepada lima usahawan desa di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).

Kesemua usahawan yang menerima bantuan pembiayaan itu terdiri daripada pengusaha dalam bidang industri automotif, pengurusan majlis, marin dan industri perdagangan.

Beliau berkata, SPED yang mensasarkan usahawan luar bandar adalah satu inisiatif yang telah dianjurkan oleh KKDW dan Rural Capital Berhad (RCB) sebagai salah satu agensi pelaksana yang telah dilantik sejak dari November lalu.

“Setakat Mei lalu, sejumlah RM5,587,000 pembiayaan perniagaan telah diagihkan kepada 37 usahawan seluruh Malaysia.

“Di samping itu, RCB juga melaksanakan aktiviti pemprosesan dan pengagihan pembiayaan serta memantau kejayaan usahawan,” kata kenyataan yang dikeluarkan sempena majlis penyerahan pembiayaan perniagaan SPED itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Majlis penyerahan pembiayaan itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Hiruddin Hashim.

Pada majlis itu, Roses Catering Hj Din dan Rizq Utama Sdn Bhd menerima pembiayaan tertinggi iaitu masing-masing sebanyak RM250,000 manakala Ismajuu Enterprise menerima RM220,000.

Turut menerima pembiayaan tersebut ialah MSG Boat Building (RM180,000) dan Aynen Global Sdn Bhd (RM150,000).

Kenyataan itu berkata, selain produk pembiayaan SPED, RCB sebagai salah sebuah syarikat milik penuh Mara Corporation Sdn Bhd di bawah Mara juga memfokuskan kepada tiga lagi cabang perniagaan.

Antaranya, Pengurusan Bayaran Balik Pinjaman, Penyelesaian Berasaskan Digital dan Perlindungan Takaful.

Untuk rekod, tahun ini RCB genap 10 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan sejak tahun 2013. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan