Wednesday, July 22, 2026

Bendera Sang Saka Bangsa dinaikkan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERHIMPUNAN Agung UMNO 2023 hari ini dimulakan dengan upacara menikkan bendera Sang Saka Bangsa di Dataran Plaza Merdeka Kuala Lumpur pukul 8.15 pagi tadi.

Bendera tersebut dinaikkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di hadapan kira-kira 100 kepimpinan parti termasuk Wanita, Putera dan Puteri sebagai tanda perhimpunan agung bakal bermula hari ini.

Turut sama dalam arara tersebut adalah timbalan presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan setiausaha agung, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Hadir sama ketua wanita, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Dr. Mohamad Akmal Saleh dan ketua puteri, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi.

Ahmad Zahid tiba di Dataran Plaza kira-kira pukul 8 pagi dengan diiringi kepimpinan parti dan kemudiannya melakukan pemeriksaan perbarisan wanita, pemuda dan puteri sebelum menaikkan bendera.

Perhimpunan Agung UMNO kali ini berlangsung dari 7 hingga 10 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan anggaran kehadiran 6,341 ahli dari seluruh negara.

Perasmian perhimpunan wanita, pemuda dan puteri berlangsung semalam dengan pembukaan perhimpunan agung akan bermula pagi ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan