29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ambil ibrah kisah pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim

Mesti Baca

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat agar menghayati dan mengambil ibrah daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS kepada Allah SWT.

Menurut beliau, kisah tersebut menjadi manifestasi ketaqwaan seisi keluarga yang mempamerkan ketabahan seorang ayah, kepatuhan seorang anak dan redanya seorang isteri dan ibu dalam mentaati perintah Allah SWT.

“Semestinya hari ini kita raikan dengan bermuhasabah sejauh manakah kesediaan dan semangat kita untuk berkorban demi kebaikan ummah merupakan nilai yang teramat berharga di dalam membangunkan masyarakat Madani.

“Refleksikan pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS ini untuk umat Islam di Malaysia jadikan sebagai inspirasi mendekatkan diri dengan Allah SWT, meningkatkan kualiti kehidupan peribadi seorang Muslim dan membina masyarakat yang lebih mampan ketaqwaannya di dalam berhadapan sebarang cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh umat Islam di seluruh negara hari ini.

Advertisements

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, pada masa yang sama beliau mengajak rakyat agar mendidik hati untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Selain itu beliau juga mengajak agar kita semua mengamalkan sikap dermawan dan kesederhanaan dalam membentuk keprihatinan sesama kita agar lahirnya masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

“Ikhlaskanlah hati memaknai erti pengorbanan, perkuatkan ukhwah dan jalinan persaudaraan serta semarakkan rasa kekitaan.

“Semoga AidilAdha yang diraikan ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan kepada kita semua,” katanya menerusi Facebook beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan