25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Zahid dapat kebenaran khas lawat Najib – KDN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendapat kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Penjara untuk melawat Datuk Seri Najib Razak di Penjara Kajang, baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau turut dimaklumkan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad mengenai lawatan tersebut.

Ujar beliau, kebenaran khas itu diberikan mengikut Bahagian 10, Peraturan 86, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

“Ada bahagian 10 itu, ada satu peraturan. Peraturan itu adalah Peraturan 86. Ia memperuntukkan kuasa kepada kecuali dengan kebenaran khas yang dipakai selama ini, adalah Ketua Pengarah Penjara.

“Perhubungan antara banduan dengan saudara-mara dan rakan-rakan mereka hendaklah dibenarkan mengikut bahagian ini.

“Ini tertakluk kepada apa-apa sekatan yang perlu bagi mengekalkan tatatertib dan ketenteraman dalam penjara dan pencegahan jenayah serta tiada seorang lain pun boleh dibenarkan berhubung dengan seorang banduan, kecuali dengan kebenaran khas,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dilapor mendedahkan pertemuannya selama satu jam 30 minit bersama bekas Perdana Menteri itu di Penjara Kajang.

Saifuddin berkata, tempoh masa lawatan yang dibenarkan adalah bergantung kepada pertimbangan pegawai penjara yang bertugas.

“Dari hal izin melawat dan juga makanan, begitu jugalah tempoh masa iaitu pegawai yang menyelia pada ketika itu, yang akan membuat pertimbangan berapa lama (masa pertemuan).

“Saya pun dulu pernah melawat Datuk Seri Anwar di Penjara Sungai Buloh, dan kadang-kadang saya dapat 15 minit, kadang-kadang saya dapat 30 minit. Jarang sangat saya dapat 45 minit, dan ia bergantung kepada budi bicara pegawai masa itu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional (MNC) di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi...

Lagi Artikel Berkaitan