34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Menteri Luar UAE lawat Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan bermula hari ini.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, Sheikh Abdullah akan mengadakan lawatan rasmi ke negara ini selama dua hari.

“Sheikh Abdullah akan mengadakan mesyuarat dengan Zambry bagi bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkepentingan termasuk usaha meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-UAE serta isu-isu serantau dan antarabangsa. 

Advertisements

“Pertemuan ini juga merupakan susulan daripada lawatan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi ke Malaysia pada Mei lalu,” katanya hari ini.

Wisma Putra berkata, UAE merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia, destinasi esport kedua terbesar dan destinasi import kedua terbesar dari rantau Asia Barat. 

“Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 73.5 peratus daripada RM22.33 bilion kepada RM38.73 bilion berbanding tahun sebelumnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan