26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

TPM Fadillah tiba di Brussels untuk lawatan rasmi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Brussels, Belgium pada 5.30 pagi waktu Malaysia untuk lawatan rasmi dan misi perdagangan ke Kesatuan Eropah (EU).

Turut menyertai lawatan pertama beliau ke Eropah sejak memegang jawatan itu ialah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Mohamed Helmy Othman Basha; Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Carl Bek-Nielsen serta Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh.

Misi ke EU adalah misi bersama dengan kerajaan Indonesia di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC).

Pada 9 Feb 2023 di Jakarta, Indonesia, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Dr (HC) Ir Airlangga Hartarto telah bersetuju untuk melindungi kepentingan sektor minyak sawit dengan memperkukuh usaha dalam menangani diskriminasi terhadap minyak sawit.

Ia sebagai tindak balas kepada pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang diumumkan EU pada 6 Dis 2022 bertujuan untuk mencegah penebangan hutan bagi aktiviti pertanian.

Semasa misi di Brussels, kedua-dua menteri dijangka mengadakan pelbagai mesyuarat dan sesi libat urus dengan pemimpin tertinggi EU untuk menjelaskan pendirian negara-negara anggota CPOPC mengenai pelaksanaan EUDR, yang bukan sahaja menyasarkan industri minyak sawit tetapi juga menjejaskan kehidupan berjuta-juta pekebun kecil.

Sebagai ahli CPOPC, Malaysia komited untuk terlibat secara aktif dalam platform ini dan meneruskan agenda menentang kempen negatif negara Barat terhadap minyak sawit.

Sesi libat urus dengan EU akan dipergiat bagi mencapai hasil yang diharapkan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara pengeluar minyak sawit.

Dari Brussels, Fadillah akan menuju ke London, United Kingdom pada 31 Mei 2023 untuk lawatan empat hari.

Bagi lawatan rasmi beliau di London, Fadillah juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri yang berkaitan dengan sektor agrikomoditi di UK dan menteri-menteri lain.

Beliau juga akan menyampaikan ucap tama dalam Forum Minyak Sawit Mampan Antarabangsa (ISPOF) anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI) dan Malaysia-Link UK.

Beliau juga akan melawat Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), yang merupakan satu daripada pusat penyelidikan dan pembangunan getah terkemuka dunia.

UK merupakan rakan dagang ke-23 terpenting Malaysia. – BERNAMA

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan