34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Teknologi angkasa jimat kos operasi, masa pengurusan hutan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMBANGUNAN sistem aplikasi dalam pengurusan sumber hutan berjaya mengurangkan kos operasi di lapangan sehingga 40 peratus dan menjimatkan masa pelaksanaan kerja di kawasan Hutan Simpan Negeri Sabah.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, penggunaan teknologi angkasa itu memberikan impak yang signifikan dalam pengurusan sumber hutan.

Selain itu, katanya, teknologi tersebut dapat membantu Jabatan Perhutanan Sabah membuat pemetaan dan pengemaskinian litupan hutan secara tepat dan berkala setiap dua tahun sejak 2010. 

“Skop kerjasama ini merangkumi pemantauan dan pemetaan kawasan berhutan di seluruh Sabah berteraskan teknologi angkasa yang merupakan satu pendekatan baharu dalam pengurusan sumber hutan dan pendigitalan maklumat perhutanan. 

“Beberapa pakej sistem aplikasi telah dibangunkan khusus untuk membantu pihak Jabatan Perhutanan Sabah dalam pengurusan sumber hutan iaitu Sistem iForSABAH bagi pengurusan pemantauan litupan hutan.

Advertisements

“Sistem e-PESISIR pula memfokuskan pemantauan kawasan pesisiran pantai negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) hari ini memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bersama Jabatan Perhutanan Sabah di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi.

Ini bagi memperkasa kerjasama penggunaan teknologi angkasa dan remote sensing dalam pengurusan sumber hutan secara lestari khususnya kawasan Hutan Simpan Sabah.

Kerjasama tu merupakan kali ketiga sejak dimeterai pada 2013 dan 2017. 

Turut hadir, Ketua Pengarah Mysa, Azlikamil Napiah dan Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Frederick Kugan. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan