32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Imigresen tumpas sindiket seks songsang warga asing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen menumpaskan sindiket perkhidmatan seks songsang selepas menyerbu sebuah pusat urut dan menahan enam lelaki warga asing dalam operasi khas di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, dalam operasi jam 7.15 malam itu, pihaknya telah menahan tujuh pelanggan lelaki tempatan di premis dua tingkat tersebut.

“Warga asing yang ditahan terdiri lima orang lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Myanmar berusia antara 26 hingga 38 tahun.

“Seorang lelaki Indonesia tersebut adalah penjaga atau ‘Daddy’ kepada semua tukang urut. Selain khidmat urutan, mereka juga menawarkan perkhidmatan seks songsang kepada pelanggan lelaki.

“Turut berada di premis berkenaan semasa serbuan adalah beberapa orang pelanggan warga tempatan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kumpulan itu dipercayai mula beroperasi sejak tahun lalu dan modus operandi mereka ialah mengiklankan pakej urutan khas untuk lelaki di laman sosial, WhatsApp, dan Telegram.

Menurutnya, pelanggan yang berminat akan menghubungi nombor telefon yang dinyatakan sebelum diberikan gambar seksi tukang urut lelaki bagi membuat pilihan.

Advertisements

Jelasya, bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan urut adalah antara RM200 hingga RM300 untuk tempoh satu jam bergantung kepada ‘pakej’ yang dipilih oleh pelanggan.

“Sindiket ini dipercayai mengaut keuntungan hampir RM650,000,” katanya.

Ruslin berkata, pemeriksaan awal mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki dokumen perjalanan, pas lawatan sosial tamat tempoh dan ada yang menyalahgunakan pas.

Katanya, semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut dan siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, JIM akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan dan mengesan sindiket – sindiket yang melibatkan warga asing atau melibatkan kesalahan Imigresen.

Dalam masa sama, beliau turut memohon orang ramai menyalurkan maklumat berhubung aktiviti yang melanggar undang-undang dan tidak bermoral supaya tindakan pantas dan tegas dapat diambil. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sistem eDKK dinaik taraf menjadi sistem bersepadu ANAK – Nancy

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses menaik taraf Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK)...

Lagi Artikel Berkaitan