Thursday, July 23, 2026

PM terima Kad Perakuan Media emas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan Kad Perakuan Media khas kategori Emas daripada Jabatan Penerangan (Japen) sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 hari ini.

Pemberian itu merupakan sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin nombor satu negara itu dalam memartabatkan kebebasan media di negara ini.

Penyampaian Kad Perakuan Media kategori Emas itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kepada Perdana Menteri di sebuah hotel di Meru, Ipoh hari ini yang turut dihadiri timbalannya, Teo Nie Ching.

Kad Perakuan Media merupakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada pengamal media daripada agensi dan syarikat media yang telah didaftarkan dan diperakukan oleh kerajaan secara rasmi.

Kad tersebut dikeluarkan melalui Japen untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan. 

Terdapat lima kategori warna kad yang dikeluarkan iaitu warna hijau mewakil media rasmi kerajaan, warna biru mewakili media tempatan (cetak dan elektronik) dan warna kelabu mewakili media digital.

Warna merah pula mewakili media antarabangsa sementara warna emas kepada pegawai penyelaras media. 

Purata tahunan pengeluaran bagi permohonan  baharu dan memperbaharui kad perakuan oleh pengamal media di negara ini adalah sebanyak 3,000 keping setahun. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan