24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KKD usaha tubuh Majlis Media Malaysia

Mesti Baca

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) sedang giat berusaha merealisasikan penubuhan Majlis Media Malaysia.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, usaha itu sebagai komitmen dan sokongan kerajaan untuk terus meningkatkan kebebasan media di negara ini serta membantu pengamal media menangani cabaran yang dihadapi. 

“Ini mungkin melibatkan pembaharuan undang-undang dan kawal selia, serta usaha untuk menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor media,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Ipoh hari ini.

Beliau berkata, pencapaian membanggakan Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2023 yang dikeluarkan pertubuhan Reporters Without Borders adalah manifestasi komitmen kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjamin kebebasan media pengamal media di negara ini.

Advertisements

“Namun begitu, suka juga untuk saya ingatkan, kebebasan media bukanlah tiket ataupun lesen untuk menyebarkan maklumat atau berita berunsur fitnah atau tanpa sumber yang sah yang dikhuatiri boleh mengganggu gugat keamanan serta kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.

Fahmi berkata, kebebasan media harus dipraktikkan secara wajar terutama dalam membantu mewujudkan perasaan selamat dalam minda masyarakat.

“Ini penting bagi memastikan negara kita terhindar daripada isu-isu berhubung dengan sensitiviti perkauman, keselamatan, agama, sabotaj ekonomi dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata, kekurangan wakil wanita memegang jawatan penting editorial dalam industri media tidak menjadi sebab kurangnya laporan berita berkait dengan hak wanita dan kesaksamaan jantina di negara ini, dan beliau berharap Hawana 2023 turut membincangkan isu itu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan