34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

‘Orang tak bagi kahwin paksa, inilah jadinya’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ITULAH orang tak bagi kahwin paksa, inilah jadinya. Berselerak habis, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian dipercayai menyindir Parti Amanah Negara (Amanah) susulan tindakan parti berkenaan meminta maaf kepada UMNO.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, permohonan maaf yang dibuat Amanah menunjukkan kelemahan parti itu selain menggambarkan prinsip yang dipegang mereka semakin longgar.

“Kalau tak buat salah, tak perlulah minta maaf. Takkan lemah begitu sekali. Nampak semakin longgar dengan prinsip yang selama ini kononnya dipertahankan,”katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Semalam Amanah dilaporkan memohon maaf kepada UMNO di atas keterlanjuran kenyataan yang dikeluarkan seorang pemimpinnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berharap isu terbabit dapat diselesaikan dan beliau sendiri sudah berjumpa dengan Presiden UMNO serta Timbalannya.

Amanah adalah parti serpihan Pas setelah bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohammad Sabu bersama-sama sejumlah lagi tokoh lain keluar parti dan menubuhkan Amanah.

Parti itu kemudian menyertai gabungan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang akhirnya pertama kali menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan