26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Nilai ringgit menjunam, apa Rafizi buat? – Puad

Rakyat belum nampak langkah signifikan yang Rafizi buat untuk ekonomi negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

APAKAH langkah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi dalam menangani isu kejatuhan nilai ringgit ke tahap paling rendah setakat ini?

Itu persoalan yang diajukan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit juga melahirkan kehairanan kerana Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR sebelum ini mempunyai banyak formula untuk mengatasi isu ekonomi negara, termasuk soal nilai mata wang.

Puad berkata, sejak menjawat jawatan Menteri Ekonomi selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akhir tahun lalu, rakyat tidak nampak sebarang langkah signifikan yang dibuat oleh Rafizi untuk ekonomi negara.

“Sekurang-kurangnya polisi baharu ‘ekonomi rakyat’. Mana dia dasar yang lebih baik daripada BRIM (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)?,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Puad menilai, Rafizi kelihatan tidak bersedia untuk menjadi menteri atau mungkin kerana mahu memperlihatkan dirinya sebagai seorang menteri yang bukan biasa-biasa.

“Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi Menteri. Bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa. Mesti luar biasa.

“Jangan nanti rakyat kata ‘Rafizi turun, ringgit naik’. Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan kabinet.

“Menteri kena luar biasa untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan,”katanya.

Rafizi sebelum ini dilaporkan berkata, kejatuhan nilai ringgit ketika ini turut membawa kebaikan.

Katanya, pendapatan negara terutama sektor minyak meningkat berikutan harganya diniagakan dalam nilai dolar Amerika.

“Lebih tinggi harga minyak dan ringgit yang lemah bermakna lebih banyak duit kita dapat, namun bagi eksport kita adalah sebaliknya,” katanya.

Rafizi antara pemimpin yang lantang mengkritik pentadbiran Barisan Nasional terutama ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga tercetus slogan ‘Najib turun, ringgit naik.’ – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan