Tuesday, July 21, 2026

Muhyiddin ucap selamat menyambut Hari Gawai, Pesta Kaamatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PESTA Kaamatan dan Hari Gawai disambut sebagai tanda kesyukuran selepas berakhirnya musim menuai padi bagi kedua-dua kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak.

Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan selamat menyambut perayaan tersebut yang akan disambut meriah oleh pelbagai etnik di seluruh negara.

“Selamat menyambut Pesta Kaamatan bagi masyarakat Kadazandusun dan Hari Gawai bagi komuniti Dayak di seluruh negara.

“Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran selepas berakhirnya musim menuai padi bagi kedua-dua kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berharap perayaan Hari Gawai tahun ini bakal diraikan dalam suasana yang meriah bersama orang yang tersayang.

“Marilah kita pertahankan nikmat ini agar ia dapat diwarisi oleh generasi anak cucu kita pula nanti, insya-Allah.

“Manfaatkan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ini untuk kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga dan sahabat handai,

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai,” katanya.

Perayaan Hari Gawai disambut secara rasmi pada 1 Jun setiap tahun manakala Pesta Kaamatan disambut pada hari ini dan esok. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan