32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

MARA salur peruntukan segera RM100,000 kepada MRSM Lenggong

Peruntukan terbabit bagi menambah baik dan membaik pulih perkakas dan kelengkapan MRSM terbabit.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan menyalurkan peruntukkan segera RM100,000 untuk menambah baik dan membaik pulih perkakas dan kelengkapan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong.

Pengumuman itu disampaikan sendiri Pengerusinya Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagi memenuhi permintaan mendesak daripada Presiden Badan Kepimpinan Pelajar MRSM Lenggong, Iman Shahputra.

Asyraf Wajdi yang turut memuji keberanian pelajar terbabit berkata, InsyaAllah MARA memperuntukkan RM100, 000 untuk menambah baik dan membaik pulih perkakas dan kelengkapan di MRSM Lenggong.

“Untuk tujuan itu saya maklumkan pada Pengetua bahawa saya luluskan serta-merta,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan mengejut ke MRSM Lenggong.

“Petang tadi sempat saya mengadakan lawatan mengejut ke MRSM Lenggong sesampai dari Pulau Pinang.

Advertisements

“Pengetua Rahmatul Aida turut terkejut dan mohon maaf sebab beliau tengah sibuk berkemas. Namun sempat beliau iringi saya membuat tinjauan ke asrama pelajar dan tandas-tandas pelajar.

“Turut serta bersama saya kali ini ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh,”katanya.

Dalam lawatan tersebut, Asyraf Wajdi berkesempatan bertanyakan soalan kepada salah seorang pelajar MRSM terbabit.

“Kami mohon kalau boleh tukar, baiki pendingin surau kami. Memang kepanasan bila kami beriadah. Demikianlah permintaan Iman Shahputra Presiden Badan Kepimpinan Pelajar MRSM Lenggong apabila saya bertanya apa permintaan yang paling mendesak jika hendak mohon daripada Pengerusi MARA.

“InsyaAllah, saya beriltizam untuk memastikan semua Institusi-institusi Pendidikan di bawah MARA termasuk MRSM berada pada tahap kondisi yang terbaik bagi memastikan keselesaan para pelajar menuntut ilmu,”katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan