25 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Konvensyen Nasional secara langsung di media sosial parti

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KONVENSYEN Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia  pada 14 Mei ini akan disiarkan secara langsung di laman media sosial rasmi pimpinan dan parti politik gabungan tersebut.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata siaran langsung akan bermula pada jam 2 petang dan disiarkan di Facebook parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.

“Setelah 6 bulan pembentukan Kerajaan Perpaduan, insyaAllah ahad ini Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan akan diadakan.

“Rakan-rakan boleh ikuti di media sosial rasmi pimpinan dan parti politik,” katanya melalui hantaran Facebook pada Rabu.

Konvensyen yang pertama kali diadakan sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu itu bakal berlangsung di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur.

Ia akan membawa tema “Madani: Mengangkat Agenda Rakyat”.

Terdahulu, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, konvensyen itu bakal menjadi titik tolak dalam mewujudkan persefahaman antara parti politik dan mempertahan kestabilan negara.

Konvensyen ini bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta presiden semua parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan