26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KKD bentuk pasukan petugas, pastikan kelancaran 5G

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) membentuk sebuah pasukan petugas bagi memastikan kelancaran dwirangkaian generasi kelima (5G) di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, penubuhan pasukan itu susulan pertemuan KKD bersama pihak penyedia perkhidmatan bagi memastikan pelaksanaan rangkaian 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) berjaya mencapai 80 peratus liputan menjelang hujung tahun ini dan peralihan kepada model dwirangkaian berjalan dengan lancar pada awal tahun depan.

Katanya, pertugas khas itu akan dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood dan Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa serta diurusetiakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Advertisements

“Selain itu, task force ini akan turut dianggotai oleh pihak DNB dan pihak penyedia perkhidmatan termasuklah CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), YTL Communications (YTL) dan U-Mobile serta pihak-pihak lain yang akan ditentukan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Jelasnya, matlamat utama petugas khas tersebut adalah untuk memantau rangka kerja dan pelan peralihan kepada model dwirangkaian 5G di Malaysia bagi menjamin keteraturan dan ketertiban pelaksanaannya dari aspek perundangan, teknikal dan kewangan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan