32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Khabar gembira sempena Hari Guru – Fadhlina

Untuk memberi semangat kepada golongan pendidik dan keseluruhan ekosistem pendidikan serta negara

Mesti Baca

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek membayangkan beberapa berita gembira akan diumumkannya sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh esok.

Beliau berkata, pengumuman itu dijangka memberi semangat serta impak terhadap keseluruhan ekosistem pendidikan negara.

“Tunggu esok, Insya-Allah ada beberapa perkara yang saya fikir (akan diumumkan esok) untuk kita bagi semangat kepada guru-guru kita dan keseluruhan kepada ekosistem pendidikan dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2023 di MITC Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Advertisements

Turut hadir Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.

Katanya, penghormatan sewajarnya harus diberikan kepada golongan pendidik jika mahu melihat Malaysia membangun sebagai sebuah negara bangsa yang kuat.

“Refleksi guru bangsa ini akan memberikan refleksi kepada kekuatan dan jati diri yang kuat kepada rakyatnya.

“Biar orang (luar) melihat rakyat Malaysia, orang (luar akan) ingat guru-guru bangsa inilah yang telah mendidik rakyat Malaysia sehingga menjadi rakyat yang kuat jati diri. Maknanya kekuatan bangsa itu lahir daripada kekuatan guru-gurunya,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan