27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

COVID-19 bukan lagi ‘kecemasan antarabangsa’ – KKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYAKIT COVID-19 kini bukan lagi menjadi ‘Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC).

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Jawatankuasa Darurat Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) yang berlangsung di Geneva, Switzerland pada 4 Mei lalu.

“Keputusan ini mengambil kira tren global yang menunjukkan penurunan bagi ke kematian COVID-19, kemasukan kes ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) serta tahap imuniti populasi dunia terhadap virus SARS-CoV-2 yang tinggi.

“Di samping itu, kebolehcapaian kepada diagnosa, rawatan dan vaksin turut menjadi penyumbang untuk pengisytiharan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Zaliha berkata, keadaan jangkitan COVID-19 di negara ini masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan di hospital tidak terjejas.

Katanya, penilaian risiko situasi jangkitan COVID-19 di negara ini akan dilaksanakan pada pertengahan Jun depan bagi menyemak semula pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan untuk menentukan hala tuju seterusnya.

“KKM akan meneruskan langkah kawasaln dan pencegahan COVID-19 berdasarkan protokol sedia ada.

“Di samping itu, KKM sedang membuat semakan semula dan mengemaskini garis panduan COVID-19 dengan merujuk kepada kenyataan WHO berkiatan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik berkenaan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan