26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Bina litar drag: Kerajaan harus lihat secara mendalam

Sukan permotoran mempunyai minat yang tinggi dalam kalangan belia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN seharusnya melihat secara mendalam tujuan sebenar pembinaan litar drag dan bukannya mengambil keputusan untuk tidak meneruskannya dengan memberikan pelbagai alasan.

Bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau faham walaupun Belanjawan 2023 telah dibentangkan tetapi tidak sempat dibahas dan diluluskan ketika pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia namun dari segi kepentingan dan memenuhi aspirasi anak muda peruntukkan sebanyak RM20 juta itu perlu diteruskan.

“Tujuan utama pembinaan litar drag ini adalah untuk menghindarkan golongan muda daripada terlibat dengan budaya tidak sihat seperti perlumbaan haram, samseng jalanan dan melepak dengan menyediakan tempat untuk mereka beriadah.

“Saya mengambil maklum akan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 29 Mei 2023 mengenai keputusan Kerajaan untuk tidak meneruskan pembinaan litar perlumbaan drag di setiap negeri.

“Sekiranya peruntukan tersebut tidak mencukupi seperti yang disebut oleh Menteri Belia dan Sukan, jumlah tersebut boleh ditambah pada tahun berikutnya sehingga litar drag ini dapat dibina seluruh negeri.

“Peruntukan sebanyak RM20 juta itu memadai sebagai dana awal melaksanakan program ini,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Ismail juga mempunyai keyakinan tinggi bahawa pembinaan litar drag mempunyai impak yang besar dalam menarik lebih ramai tenaga pengajar profesional untuk melatih dan melahirkan bakat baharu tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Katanya, sukan permotoran mempunyai minat yang tinggi dalam kalangan belia dan jelas kelihatan sewaktu beliau menghadiri Program RXZ Members 4.0 di Gong Badak pada tahun lepas dengan kehadiran puluhan ribu anak muda dari seluruh negara.

“Ini menunjukkan sukan permotoran mempunyai potensi yang baik.

“Saya juga berpendapat adalah ideal jika pembinaan litar drag ini dapat dilaksanakan di setiap daerah agar program ini dapat melibatkan seluruh belia termasuk mereka yang tinggal di luar bandar dan kawasan pedalaman.

“Sehubungan dengan itu, saya berharap Menteri Belia dan Sukan dapat turun padang dan melihat sendiri bagaimana litar drag sedia ada bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai sukan permotoran ini,”katanya.

Ujar beliau, ini merupakan tanggungjawab bersama oleh semua pihak terutama KBS agar belia negara terus terpelihara daripada penyakit sosial yang semakin membimbangkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan