25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Sultan Johor terima kunjungan dua menteri Singapura

Mesti Baca

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris berkenan menerima kunjungan dua menteri Singapura sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Kedua-dua mereka ialah Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura, Grace Fu dan Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri, Dr Tan See Leng.

Pertemuan berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Yang turut berangkat, Tunku Mahkota, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Besar Khaleeda.

Berangkat sama, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah; Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim serta Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru, Jeevan Singh dan isteri.

Menurut Facebook Sultan Ibrahim, tetamu kehormat turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama bginda berdua dan keluarga diraja Johor. – Edisi 9

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan